INFO



Definisi Takaful

Dalam bahasa arab, kata dasar bagi perkataan "Takaful" ialah 'kafala' yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana "Takaful" merupakan katanama yang berasal daripada kata kerja 'takafala', maka ianya juga bererti ' saling menjamin, menjaga atau memelihara'.

Menurut Akta Takaful 1984, "Takaful" ertinya satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.

Secara amnya, Takaful mempunyai tujuan yang sama dengan insurans konvensional di mana kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Cuma di sini, syarikat Takaful yang disenaraikan oleh Bank Negara Malaysia, akan dikawalselia oleh Badan syariah supaya ditadbir mengikut syariat Islam. Untuk memastikan syarikat takaful anda telah tersenarai dan diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia, anda boleh semak ke laman List of Takaful Operator.



No comments:

Post a Comment